• Free shipping to Peninsular Malaysia!
icon-search
icon-search

Terma & Syarat - Program Subsidi Car Seat snskidz 2024

Penganjur & Kelayakan

  1. “Program Subsidi Car Seat snskidz 2024” [“Program”] dianjurkan oleh SNS Products Sdn. Bhd. (581887-H) [“Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki MyKad yang sah [“Pemohon”], tertakluk kepada Terma & Syarat di sini.
  2. Pemohon juga dikehendaki memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak dalam lingkungan bayi yang baru lahir sehingga kanak-kanak berumur 12 tahun pada 30 November 2024 atau ibu mengandung
    2. pendapatan bulanan kasar isi rumah di bawah RM8,000
    3. dan memiliki kereta

Penerangan Ringkas Program & Tempoh Program

  1. Program ini akan bermula dari 1 Oktober 2024 pada “pukul 00:00:00 pagi” dan berakhir 30 November 2024 pada “pukul 11:59:59 malam” waktu Malaysia [“Tempoh Program”].
  2. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Program pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak.

Mekanisme Ringkas Program

Program ini mempunyai tiga (3) fasa iaitu:

Fasa 1: Cara Permohonan (1 Oktober hingga 30 November 2024)

  1. Pemohon dikehendaki melayari https://forms.gle/9ehkwk1iAVkmbaRn6 dan mengisi borang permohonan dengan butir-butir yang dikehendaki dengan tepat.
    1. Borang permohonan mesti lengkap dan memenuhi syarat-syarat permohonan.
    2. Borang permohonan mesti dihantar dalam tempoh kempen dijalankan iaitu dari 1 Oktober 2024 hingga 30 November 2024. Semua permohonan yang diterima di luar daripada Tempoh Program akan dibatalkan kelayakan.
  2. Pemohon juga diminta untuk melengkapkan soalan-soalan yang berikut dalam borang permohonan:
    1. Adakah anda sedia maklum akan Undang-undang Pemakaian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak yang telah diperkenalkan pada Januari 2020? Ya / Tidak [“Syarat Permohonan”]
  3. Pemohon hanya boleh membuat permohonan SEKALI SAHAJA untuk setiap isi rumah sepanjang Tempoh Program.

Fasa 2: Pemilihan Pemohon (7 Oktober hingga 6 Disember 2024)

  1. Borang permohonan yang diterima akan disemak semula dan dinilai oleh Penganjur. Semua borang permohonan yang lengkap akan dinilai kelayakannya oleh pihak Penganjur [“Pemohon Terpilih”]
  2. Kelayakan permohonan akan dinilai berdasarkan:
    1. memenuhi semua syarat Pemohon
    2. ketepatan maklumat yang diberikan
    3. kelengkapan borang

Fasa 3: Pengesahan (14 Oktober hingga 13 Disember 2024)

  1. Permohonan yang memenuhi kriteria dan syarat-syarat program akan dihubungi oleh pihak Penganjur melalui nombor WhatsApp +6017-386 2237 bermula 14 Oktober 2024 hingga 13 Disember 2024. [“Pemohon Terpilih”]
  2. Pemohon Terpilih diminta untuk mengemukakan bukti pengenalan dan Sijil Pemilikan Kenderaan sebagai pengesahan.
  3. Pilihan warna car seat berdasarkan urutan siapa cepat, dia dapat.
  4. Penganjur akan memberikan kod unik kepada Pemohon Terpilih untuk membeli car seat di laman web www.safensound.com.my/ dengan harga subsidi.
  5. Sekiranya Pemohon Terpilih memilih untuk mengambil Car Seat sendiri dari pihak Penganjur, segala risiko dan perbelanjaan termasuk kos perjalanan dan kos tempat letak kenderaan yang dikenakan adalah atas tanggungan Pemohon Terpilih. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kos yang ditanggung oleh Pemohon Terpilih.

Pemohon mesti mematuhi mekanisme Program seperti yang diberitahu atau disampaikan oleh Penganjur semasa Tempoh Program.

Bayaran

Penganjur tidak mengenakan sebarang bayaran untuk permohonan yang dihantar oleh Pemohon. Semua kos yang dikenakan untuk Program termasuk penyediaan dan penyerahan borang hendaklah di dalam tanggungan Pemohon sendiri dan tidak boleh dituntut daripada Penganjur.

Bahasa Program

Program ini akan dianjurkan oleh Penganjur dalam Bahasa Malaysia. Pemohon dibenarkan menghantar borang permohonan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

Prosedur Permohonan

  1. Untuk memohon, pemohon dikehendaki melengkapkan semua langkah-langkah berikut:
    1. Isi borang permohonan di sini: https://forms.gle/9ehkwk1iAVkmbaRn6
    2. Jawab semua soalan wajib dalam borang permohonan
    3. Sertakan sebarang dokumen yang dikehendaki (iaitu slip gaji, dan lain-lain)
  2. Semua permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan kelayakannya secara automatik.
  3. Pihak Penganjur berhak untuk meminta Kad Pengenalan asal atau dokumen asal/ bahan sokongan lain daripada Pemohon untuk tujuan pengesahan.

Tempoh Permohonan

Semua borang permohonan hendaklah diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 30 November 2024. Permohonan yang diterima sebelum dan selepas Tempoh Program akan hilang kelayakan dan tidak layak dalam pertimbangan untuk subsidi Car Seat.

Subsidi Car Seat

  1. Terdapat sejumlah dua ratus (200) unit Car Seat diberikan subsidi sebanyak RM100 kepada Pemohon Terpilih dalam Program ini dari snskidz. Model yang terlibat dalam program ini adalah snskidz Sport Plus.
  2. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Car Seat dengan Car Seat alternatif yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua Car Seat terlibat berdasarkan “Sedia ada” dan tidak boleh ditukar ganti atau dijual ke dalam bentuk tunai, kredit, barang-barang lain atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.
  3. Semua Pemohon mesti mematuhi Terma dan Syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan Car Seat dan Terma dan Syarat yang disertakan bersama dengan Car Seat, jika ada.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Penganjur dan agensinya (jika ada) menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Program ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangan tidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang permohonan dalam Program ini, penebusan dan/atau penggunaan Car Seat, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).
  2. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tanpa kebenaran, atau pengubahan pengguna atau komunikasi anggota, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal rangkaian atau talian telekomunikasi kami, sistem komputer dalam talian, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau WhatsApp disebabkan masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet dan/atau laman sesawang.
  3. Para pemohon juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada pemohon dan/atau komputer mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan dalam Program ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web ini dan berkaitan dengan Program ini, penghantaran / muat naik informasi untuk Program ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.

Terma Lain-lain

  1. Pemohon dikehendaki melengkapkan dan/atau menandatangani semua borang dan/atau dokumen yang berkaitan dengan Program (termasuk surat persetujuan, surat pelepasan, dan sebagainya) seperti yang diminta oleh pihak Penganjur.
  2. Dengan menyertai Program, Pemohon memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk memproses maklumat peribadi yang anda berikan dalam borang permohonan untuk kegunaan Program. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada orang awam apabila anda menjadi Pemohon Terpilih dalam Program dengan menerbitkan nama, gambar dan butiran peribadi lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
  3. Pihak Penganjur berhak untuk menerbitkan dan menggunakan nama Pemohon Terpilih untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu dan anda tidak berhak menuntut hak milik atau pampasan lain atas perkara tersebut.

Permohonan dalam Program ini akan dianggap satu penerimaan tanpa syarat oleh Pemohon untuk terma-terma dan syarat-syarat notis privasi.

Terma dan Syarat Program ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sahaja. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di dalam Terma dan Syarat ini, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Your cart is currently empty.
Continue shopping